Monday, 23 February 2015

Bila Jantung Asyik Berdebar

  0  0 Google +2
Jantung Normal
Jantung Normal

Pernahkah anda rasa jantung anda berdegup terlalu laju sehingga sesak nafas? Pernahkah anda rasa pening sampai hendak pitam? Jika pernah – anda memerlukan pemeriksaan doktor kerana anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan aritmia jantung.


Apa sebenarnya aritmia jantung?


Aritmia jantung bermakna anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur. Jantung yang normal berdegup mengikut aturan ritma yang teratur. Jantung berdegup perlahan ketika anda berehat atau dalam keadaan tenang. Ia berdegup pantas ketika anda teruja, risau atau ketakutan. Ritma jantung dikawal sistem kawalan ritma kompleks yang terdiri daripada neuron dan aktiviti hormon.

Kadangkala, sistem ini mungkin bermasalah dalam sesetengah individu lalu menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Aritmia jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai fibrilasi atrium (AF).


Apa yang terjadi jika anda ada fibrilasi atrium (AF)?

Apabila anda mempunyai AF, jantung anda berdegup dengan tak efektif. Ini menjadi punca darah bergumpal di dalam jantung dan gumpalan darah boleh naik ke otak, menyebabkan strok atau angin ahmar. Inilah sebabnya jika anda mempunyai AF, doktor akan menasihati anda supaya mengambil ubat pencair darah. Ubat ini berfungsi untuk menghalang darah bergumpal di dalam jantung.


Mengapa AF terjadi?


AF biasanya terjadi apabila anda mempunyai penyakit jantung seperti penyakit jantung iskemik dan tekanan darah tinggi kronik. Peningkatan hormon tiroid, pengambilan alkohol berlebihan secara berpanjangan dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kerancuan degupan jantung. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan orang menghidap AF – tiada punca yang dijumpai.


Apakah rawatan AF?


Ada beberapa cara mengawal AF. Doktor mungkin cuba mengembalikan ritma jantung normal menggunakan ubat atau arus elektrik. Dalam masa yang sama, anda akan ditawarkan ubat pencair darah juga.


Selain fibrilasi atrium, apakah lagi abnormaliti ritma jantung?


Jantung anda mungkin berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Oleh sebab itu anda mungkin mengalami pening kepala, rasa berdebar-debar atau pitam. Jika anda mengalami gejala sebegini – anda patut berjumpa doktor.


Apa yang doktor akan lakukan pada diri saya?


Mereka akan menanyakan gejala-gejala yang anda alami dan memeriksa tubuh anda untuk tanda-tanda abnormal. Kemudian, mereka akan menjalankan siasatan yang melibatkan pemeriksaan darah atau merekod ritma jantung menggunakan mesin elektrokardiogram (ECG). Bergantung kepada dapatan pemeriksaan dan siasatan klinikal – ada kalanya anda mungkin perlu menjalani siasatan lanjut seperti merekod ritma jantung 24 jam (pemantauan Holter) atau Echocardiogram (prosedur pengimejan ultrabunyi untuk mencari abnormaliti dalam struktur jantung).


Bolehkah saya meneruskan aktiviti seperti biasa?


Bergantung kepada keadaan anda, kebiasaannya – anda boleh meneruskan aktiviti normal harian anda selagi mana anda berpegang kepada nasihat doktor dan mengambil ubat.



 Sumber: www.mmgazette.com/
                    http://www.utusan.com.my

Sunday, 15 February 2015

Lapan tips jika anda makan gaji



ADAKAH seronok bila kita mendapat gaji ketika hujung bulan? Mestilah seronok, kerja 20-24 hari sebulan then sehari dapat gaji! Tapi, persoalannya adakah keseronokan itu mampu berpanjangan hingga selepas kita bersara? Jika panjang umur.

Masa saya kerja dulu-dulu pun, seronok bila dapat gaji apatah lagi selepas “kekeringan wang” lebih separuh bulan. Tapi, dapat sahaja gaji yang sehari itu, masuk pagi duit dalam account, bila petang atau paling lewat esoknya, insya-ALLAH dah “game over” bayar hutang. Itu pun ada lagi belum selesai.

Itu tahun 1995-97. Gaji RM1,500. Bekerja di firma stockbroking.

Hari ini saya nak tanya soalan-soalan penting ini:-

• Adakah anda rasa nilai wang anda semakin bagus?

• Adakah anda rasa kuasa membeli duit anda semakin tinggi?

• Adakah anda rasa dengan pendapatan dari gaji semata-mata adalah cukup untuk bersara dengan semakin sihat dan tenang (Jika panjang umur)?

Ramai hari ini seronok kerana masih ada gaji kan. Siapa tidak?

Cuma tidak ramai yang mempunyai pelan kewangan dan pelaburan yang bagus dan teratur untuk mereka lebih bersedia samada untuk bertahan di dalam ekonomi hari ini atau untuk persaraan mereka. Tidak kisahlah anda bekerja atau berniaga. Sebenarnya peluang untuk setiap daripada anda hidup dalam keadaan kewangan yang tertekan adalah tinggi.

Gaji anda sama ada rendah atau sederhana pasti akan terkesan dengan kos sara hidup semakin meningkat. Hutang yang tidak putus-putus dan makin banyak tertunggak.

• Kos sara hidup meningkat.

• Kos membesarkan anak-anak meningkat.

• Harga hartanah/ rumah yang meningkat walaupun rumah kos rendah.

• Kos bahan binaan juga semakin meningkat.

• Kos pendidikan semakin mahal sedangkan tahap gaji kelayakan yang tinggi pun semakin rendah.

• Kos perubatan meningkat.

Dalam banyak-banyak kos di atas, cuba bayangkan satu daripadanya, sebagai contoh kos perubatan yang hari ini sudah meningkat ke tahap yang luar biasa 20-30 tahun lagi. Waktu itu, kita yang hari ini umur dalam lingkungan 30-40an akan berumur di antara 50-70an.

Adakah kos tersebut masih sama dengan hari ini. Jangan sampai tahap, hari ini kita guna kesihatan untuk mengejar kewangan, malangnya kewangan tersebut tak mampu nak beli kembali kesihatan ketika kita di ambang usia suatu hari nanti.

Sebab itu saya tertarik dengan amaran yang tertulis di sebuah billboard di Jakarta yang menyebut: “Jika anda tidak ada duit, anda perlu pastikan anda tidak sakit.”

Sesiapa yang ada terbaca berita semalam, 88% pekerja bimbang tak cukup duit bila bersara.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Bimbang tiada wang mencukupi bila bersara]

Jangan fikir pasal orang lain. Lihat dalam-dalam ke dalam diri kita hari ini. Adakah kita juga tergolong di kalangan 88 peratus tersebut? Masalah itu tidak akan selesai sehingga kita belajar dan bertindak mencari jalan selesaikannya.

Apa “jalan” yang ada? Kerana jika teruskan meminjam bukanlah pilihan yang terbaik, jangka pendek, OK tetapi lama-kelamaan beban hutang kita akan sesak ke kepala.

Sebagai respon pada berita semalam, ada 8 cadangan yang saya ingin berikan:-

1. Jika anda bekerja, tambah baik diri supaya dinaikkan gaji. Sama ada sambung belajar secara part-time sambil bekerja. Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.

2. Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek atau tambah baik ilmu atau kemahiran diri untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

3. Berniaga atau membuat pelaburan sama ada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur sama ada melalui membaca buku yang bagus atau hadir seminar yang terbukti melahirkan ramai yang berjaya.

4. Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak jika diurus dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika tidak pandai uruskan.

5. Tahan nafsu. Stop belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.

6. Simpan duit, simpan duit dan simpan duit.  Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu pelaburan.

7. Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya di senarai hitam oleh Bank Negara.

8.  Sedekah sedikit. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.

Semua orang ingin ubah hidup tetapi ramai orang tidak mahu ubah sikap serta belajar.

Sudah masanya untuk anda berfikir tentang masa depan dan bagaimana mengatur serta meningkatkan kewangan anda secara serius.

DR AZIZAN OSMAN

Azizan Osman merupakan penulis buku dan merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Richworks International yang mempunyai perniagaan dan pelaburan di dalam lebih 27 buah syarikat. Beliau juga merupakan Pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad dan telah membantu lebih 600,000 orang melalui seminar-seminar keusahawanan.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri 

Sunday, 1 February 2015

Sepetang di depan rumah

Assalamualaikum......

31.01.2015.... hari sabtu dimana aku cuti

boleh rehat banyak2....setelah seminggu kerja..

kesian anak-anak aku termasuk orang umah sekali mana setia tunggu aku balik yang selalunya

dah gelap baru sampai rumah...

hari ini aku free...aku nak duduk kat rumah jaa..sambil layan anak-anak bermain
















Main depan rumah je laaa













Lajunya abang

                                                                                       





Sunday, 25 January 2015

Mr. Bean lelong kereta kesayangan RM43 juta

Rowan Atkinson atau Mr. Bean bergambar bersama kereta kesayangannya,

Rowan Atkinson atau Mr. Bean bergambar bersama kereta kesayangannya, McLaren F1 yang bakal dilelong pada harga RM43 juta selepas membeli kereta itu pada 1997 pada harga RM2.9 juta. – AGENSI
LONDON 24 Jan. – Pelakon komedi terkemuka Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean, melelong kereta mewah kesayangannya model McLaren F1 pada harga permulaan sebanyak 8 juta pound (RM43 juta pound), walaupun kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan sebanyak dua kali.
Portal berita Mirrok melaporkan Atkinson membeli kereta tersebut yang berkelajuan 387 kilometer sejam dengan harga 540,000 pound (RM2.9 juta) pada 1997.
Malah pelakon berusia 60 tahun itu pernah mencatat sejarah Britain apabila memperoleh tuntutan insurans tertinggi berjumlah kira-kira 900,000 pound (RM4.5 juta) untuk membaiki kereta tersebut yang terlibat dalam kemalangan pada 2011 selepas melanggar sebatang pokok.
Menurut Atkinson, dia tidak pernah terfikir untuk membeli kereta itu untuk membuat pelaburan, sebaliknya membelinya disebabkan kualiti dan reka bentuknya yang menarik.
“Perkara paling seronok yang pernah saya rasakan ketika kali pertama memandunya dengan perlahan dan semestinya saya pernah memandu kereta itu dengan kelajuan 321 kilometer sejam.
“Saya sayangkan kereta ini tetapi sudah tiba masanya ia digunakan oleh orang lain,” katanya, sambil menambah kata, kereta mewah itu telah digunakan sejauh 65,983 kilometer.
Kereta McLaren F1 berkenaan akan dilelong oleh firma jualan lelong kereta terkenal di London, Taylor & Crawley sebagai mewakili Atkinson.

-  http://www.utusan.com.my

Saturday, 24 January 2015

Wednesday, 21 January 2015

GRANNY SMITH, GALA APPLES RECALLED DUE TO LISTERIA MONOCYTOGENES


undefined
Josh Helton, of Ashville N.C., unloads crates of Gala apples at the Baugher Fruit Market, in Westminster, Md., on Aug. 16, 2002. (AP Photo/Bill Ryan)

Granny Smith and Gala apples are being recalled after the presence of Listeria moncytogens were confirmed at an apple processing facility in Shafter, Calif.

Apples should be thrown away if they originate from grower Bidart Bros. of Bakersfield or if the source of origin cannot be determined. Listeriosis can be potentially fatal, including symptoms of fever, severe headache, nausea and a stiff neck, according to the Food and Drug Administration.

"The results are devastating to the Bidart family," Leonard Bidart, President Bidart Bros, told the Food and Drug Administration in a press release. "As a family-owned grower operating in California since the 1930s, we place safety at the forefront of everything we do. Our hearts go out to all who have been impacted by the apple-related listeriosis outbreak."

According to the Center for Disease Control, as of January 9, 2015, 32 people infected with the outbreak strains of Listeria monocytogenes have been reported from 11 states. Those states are Arizona, California, Minnesota, Missouri, Nevada, New Mexico, North Carolina, Texas, Utah, Washington and Wisconsin.

The CDC reports that 31 ill people have been hospitalized. Listeriosis has contributed to three deaths. Ten illnesses were pregnancy-related, with one illness resulting in a fetal loss.

Consumers should not eat the Granny Smith and Gala apples being recalled by Bidart Bros. according to the FDA. Consumers who are buying or have recently bought Granny Smith or Gala apples should ask their retailers if the apples were supplied by Bidart Bros.

Players Signing More Than One Team To Be Handed Heavier Punishment - FAM

MARAN, Jan 21 (Bernama) -- The Football Association of Malaysia (FAM) will propose more severe punishment to players who sign for more than one team, and to avoid a repeat of the Gary Steven Robbat saga.

Gary, a Harimau Muda A player is involved in a tussle between his home state Kedah, Pahang and Johor Darul Ta'zim (JDT) since he had signed for both Pahang and JDT.

FAM President Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah said the proposal include a one season ban for such players.

"Players must be responsible and respect a contract that they are signing. They should not flip-flop," said Tengku Abdullah who attended Gotong-Royong Diraja programme to repair and clean houses affected by the floods in Maran and Bera, Wednesday.

Tengku Abdullah advised players aspiring to become professional footballers to learn a lesson from Gary's episode.

The controversy surrounding Gary started when he decided to sign for JDT after having signed for Pahang, even before his contract with the FAM had expired.

The FAM later slapped Gary with a three-month suspension and fined him RM50,000 but Pahang were let off with a warning while JDT were fined RM100,000.

--BERNAMA